Selesai penukaran superbike dilakukan, rozaidi sedaya upaya menunjukkan bahawa beliau ikhlas mengikuti ride ini. Sebenarnya ini memang kali pertama kami ride bersama. Maklumlah sebelum ini beliau hanya mendengar sahaja kehebatan Rasidi menapau selekoh-selekoh seluruh malaysia. teringin jugak nak kena tapau dengan racidi, kata beliau.
kelajuan purata hanyalah 130-140kmj, takleh laju-laju kerana perjalanan masih terlalu jauh.
Sampai di exit kuala kangsar, kami meninggalkan lebuhraya untuk menuju ke Gerik, hentian kami seterusnya. Adrenalin pun mulai memuncak sebab jalan yang dilalui cantik dan ditaburi selekoh-selekoh panjang. Kami berhenti untuk lunch di Tasik Raban. Sempena menghargai hari yang membahagiakan ini, kami order ikan bakar tasik raban sampai dua ekor. ikan apa entah, dah lupa. sekali tengok macam ikan jelawat. tapi bukan jelawat. sedap sampai ke tekak....
selesai makan-makan, kami meneruskan ekspedisi. tak banyak yang dapat diceritakan, kerana tukang cerita tak sempat nak memerhati alam sekeliling. sibuk memerhati plat belakang si rasidi dan rozaidi, yang bawak motor macam orang sakit perut. agaknya basah helmet depa berdua sebab air liur meleleh melayan selekoh-selekoh di Gerik.
short-cut kan cerita, kami pun sampai ke daerah machang, atau bak kata racidi, Mache.. minum kopi dulu sebelum sampai ke destinasi akhir malam ini, iaitu rumah ibu bapa racidi. hari dah mula hujan. dalam kesejukan, everybody's spirit was high, still. Rozaidi tak ikut ke rumah racidi, kerana beliau nak ke rumah saudaranya. entah saudara seibu bapa, atau saudara seislam berlainan jantina, tidak pula diterangkan...
rasa-rasanya esok nok ride paka kaing |
sessi kunci motor malam-malam |
nasik dagang terbaik seluruh malaysia.. mak racidi masak... terima kasih mokcik... |
ike hok make denge nasik dage |
mengopi sebelum singgah rumah racidi |
No comments:
Post a Comment