Wednesday, September 18, 2013

epic monsoon ride part 2


Selesai penukaran superbike dilakukan, rozaidi sedaya upaya menunjukkan bahawa beliau ikhlas mengikuti ride ini. Sebenarnya ini memang kali pertama kami ride bersama. Maklumlah sebelum ini beliau hanya mendengar sahaja kehebatan Rasidi menapau selekoh-selekoh seluruh malaysia. teringin jugak nak kena tapau dengan racidi, kata beliau.

kelajuan purata hanyalah 130-140kmj, takleh laju-laju kerana perjalanan masih terlalu jauh.

Sampai di exit kuala kangsar, kami meninggalkan lebuhraya untuk menuju ke Gerik, hentian kami seterusnya. Adrenalin pun mulai memuncak sebab jalan yang dilalui cantik dan ditaburi selekoh-selekoh panjang. Kami berhenti untuk lunch di Tasik Raban. Sempena menghargai hari yang membahagiakan ini, kami order ikan bakar tasik raban sampai dua ekor. ikan apa entah, dah lupa. sekali tengok macam ikan jelawat. tapi bukan jelawat. sedap sampai ke tekak....

selesai makan-makan, kami meneruskan ekspedisi. tak banyak yang dapat diceritakan, kerana tukang cerita tak sempat nak memerhati alam sekeliling. sibuk memerhati plat belakang si rasidi dan rozaidi, yang bawak motor macam orang sakit perut. agaknya basah helmet depa berdua sebab air liur meleleh melayan selekoh-selekoh di Gerik.

short-cut kan cerita, kami pun sampai ke daerah machang, atau bak kata racidi, Mache.. minum kopi dulu sebelum sampai ke destinasi akhir malam ini, iaitu rumah ibu bapa racidi. hari dah mula hujan. dalam kesejukan, everybody's spirit was high, still. Rozaidi tak ikut ke rumah racidi, kerana beliau nak ke rumah saudaranya. entah saudara seibu bapa, atau saudara seislam berlainan jantina, tidak pula diterangkan...

rasa-rasanya esok nok ride paka kaing

sessi kunci motor malam-malam

nasik dagang terbaik seluruh malaysia.. mak racidi masak... terima kasih mokcik...

ike hok make denge nasik dage
mengopi sebelum singgah rumah racidi

  

Wednesday, September 4, 2013

Epic Monsoon Ride

Finally,
the much anticipated ride....
alhamdulillah, sekian lama merancang -jadi-tak jadi-kencing-tak kencing- , ride geng-geng ofis dimuktamadkan berlangsung pada 23 ~ 25 Disember 2012. Ride penutup 2012. Ride epic kononnya, kerana nak mengumpul geng-geng ofis ni bukan senang. Masing-masing ada macam-macam hal. Hal kerja, hal keluarga, beli buku anak, beli baju emak, renovate rumah, motor takleh jalan jauh, dan pelbagai lagi kesulitan.
it was confirmed, on the last count, Yours truly, Amir, Rasidi, Nizam, and Rozaidi.
Agreed route ~ KL-Kuala Kangsar-Grik-Machang-K.Bharu-K.Trengganu-Kuantan-KL.

23/12/2012

Mengikut perjanjian, geng bikers dikehendaki berkumpul di rnr rawang arah utara jam 0730 pagi. Tepat pada waktu yang dijanjikan Amir dan Rasidi pun tiba. Aku terlewat 5 minit. Breakfast. Nizam belum sampai.

situasinya agak berbeza kali ini. Ada sedikit kekecewaan kerana tak semua geng ofis dapat beserta kali ini. Namun rasa excited tetap ada. Dah lama sungguh tak ride jauh. Biasanya kami ride balik hari saja. But once in a year, mesti ada satu ride epic. Baru la bikerz..hehehe 

Hasil audit mendapati :
Meey tak ride sebab pegi Bali
Hezreen tak ride sebab anak sakit
Norisham tak ride sebab jaga anak
Azhar tak ride sebab ada projek lain kat Johor
Cik Raman tak ride sebab anak balik dari U
Izairy tak ride sebab tayar botak

selesai makan, perjalanan dimulakan dengan lambaian kepada geng-geng bikers yang lain. agak uneventful, kerana laluan lebuhraya macam biasa saja, membosankan. Rozaidi meminta kami berhenti seketika di hentian sebelah sebelum sungai Perak, kerana beliau perlu menukar motorsikal ZX10nya kepada mesin yang lebih jinak, Z750 milik adiknya. "takut korang tak terkejar kalau naik ZX10", ujarnya penuh keangkuhan...